Khamis, 18 November 2010

Pokok semalu

Suhailah, anak mama yang ke 6. Suka ambil video dengan handphone mama. Mama pun terpesona melihat video yang diambil. Kali ini video pokok semalu, dia panggil pokok malu-malu...

Raya Aidil Adha

Raya Aidil Adha disambut dengan sederhana. Mama Adillia bersama anak-anak pergi ke rumah Wak Neng di Kampung Lombong untuk menyambut Raya Aidil Adha. Ayah Adillia keje... so rasa tak seronok beraya di rumah macam tak complete. Atuk Adillia dan Bibik Linda pun pergi ke rumah Wak Neng. So first time sejak berkahwin ni, Raya Aidil Adha dirayakan di rumah Wak Neng.
Wak Neng memang best, masakannya lagi best. Lontong dan rendang ayam menaikkan selera betul. Hadi dan Mizon menjadi pelayan nombor satu. Semuga Allah merahmati keluarga Wak Neng dan Wak Ranu. Amin.