Selasa, 21 Disember 2010

Resepi Piza K Ros

Hari ni K Ros teringin nak bagi semua peminat blog K Ros ni (sedang perasanlah ni) resepi Piza yang K Ros buat untuk anak-anak kat rumah tu. Cubalah sedap ke tidak...

Adunan ini boleh dapat 2 keping roti piza sederhana atau 1 keping besar punyeee..

Doh Piza
2 cawan tepung gandum ( diayak dulu, takut tepung lama dah beli tapi tak buat apa-apa mungkin dah ada ulat tepung hidup dalam tepung tu.. warnanya putih, macam warna tepung. dia dua tergolek-golek dalam tepung yang kita simpan dalam bekas tapewe tu... )
1/2 cawan air (air paip pun boleh, asal air mutlak , air laut jangan guna ye..)
1 packet ibu roti (8 gram)
1 biji telur sedang (saiz B)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/4 cawan mentega (tiada garam)

Cara:

1. Tepung digaul dengan ibu roti, gaul rata-rata.
2. Masukkan mentega yang telah lembut dan dipotong dadu. Gaul.
3. Air dicampurkan gula dan garam dan dikacau hingga larut. Jangan masukkan dalam adunan lagi.
4. Masukkan telur yang telah dikacau , tidak perlu lama-lama kedalam adunan. Gaul.
5. Masukkan air tadi sedikit-sedikit sehingga habis. Uli adunan lebih kurang 10 min.
6. Biarkan adunan pada suhu bilik selama 30 hingga 45 min. Bergantung pada suhu dapur. Kalau dapur tu ada aircon... err kena ambil masa 1 jam kot kah kah.. ini tak pernah cuba. Tapi kalau dapur tu kering atau panas (jika tinggal di Timur tengah, adunan akan jadi kering ), tutup adunan dengan kain bersih tapi lembab agar adunan tidak kering (adunan dalam mangkuk baru tutup dgn kain).
7. Ok, bila adunan dah kembang 2 kali ganda, dah ok lah tu.. tumbuk adunan tu biar angin dia keluar.. Betul tumbuk, tapi jangan kuat sangat nanti pecah mangkuk kaca tu. Uli lebih kurang 1 minit je.. lepas tu, adunan di bahagikan 2. Tebarkan adunan menjadi bulat.
8. Gunakan loyang piza (kalau tak ada gunakan tutup periuk), taburkan sedikti tepung pada loyang agar tidak melekat dan letakkan adunan tadi atas loyang ini. Tekan dan tebarkan lagi mengikut saiz yang kita mahukan. Hati-hati jangan sampai berlubang.
9. Biarkan 10 min sebelum disapukan sos dan topping.


Sos Piza

Buatlah sos ini , semasa menunggu doh pizza tu sedang mengembang.


200 gram daging cincang (atau ayam, kalau tak makan daging dan ayam, abaikan aje, gunakan pes tomato saja).
1 tin kecil pes tomato (kalau tin besar , gunakan separuh aje.. K Ros suka Brand DuChef )
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil oreganu dan basil
garam dan gula secukup rasa.

Cara masak Sos

Sangan daging hingga habis airnya dalam periuk (jangan lupa hidupkan api ... he he he). Masukkan pes tomato dan bawang putih yang telah dititik. Masukkan rempah, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih, kecilkan api (simmer) selama 20 -30 min. Jangan lupa di 'uderk' sos ini, kalau tidak nanti melekat pada dasar periuk. Ok, dah faham maksud 'uderk', ini bahasa Jerman untuk kacau sos...

Topping Piza

Bawang besar, lobak merah, cili benggala, tomato, cendawan dan belbagai sayuran lain. Masukkan juga udang ke, sotong ke kalau nak jadikan seafood piza, Terpulang kepada keinginan tukang masak. Jangan lupa keju, keju Modzarella atau Cheddar. Kalau modzarella ni, kalau selepas masak, bila telah di potong piza tu, boleh berantai-rantai piza tu... Tapi Cheddar lebih lemak dan sedap.. So bolehlah campur dua-dua kalau nak.

So boleh cuba. Lepas sapukan sos dan letakkan topping, bakar lebih kurang 20-30 min. Kalau warna keju dah bertukar jadi kuning perang tu, tandanya dah masak..

Eee.. sedap.. rasanya nak buatlah weekend ni. Sebenarnya resepi ini mudah aje, cuma ceritanya aje panjang... So jangan malu-malu nak cuba.. Kalau nak berkat lagi, lepas buat bagi K Ros sebarang keping 2 Piza tu...  he he he pengeras.. paling kurang pun doakan K Ros sekeluarga selamat dunia dan akhirat. Ameen.

7 ulasan:

  1. terliurnya kak ros...nanti nak try la resipi nih...hihihi

    BalasPadam
  2. pe kte kak ros buat bwa ke opis..dapnya..he he he

    BalasPadam
  3. waahhh.. mesti try ni. tgk yg aida buat tu pon dah terliur :P

    BalasPadam
  4. thanks kak ros... aida dah try dah, mmg sennag nak buat utk org yang malas masak tp nak mkn sedap.. hihihi

    BalasPadam
  5. hahhaha..kak ros i like your writing style..ade umphhh..dah tegrelak2 cam org giler plak saya dlm bilik ni..tersengih2...

    baca resepi tp gelak2 cam bc komik plak..adehh :p

    "Jangan lupa di 'uderk' sos ini, kalau tidak nanti melekat pada dasar periuk. Ok, dah faham maksud 'uderk', ini bahasa Jerman untuk kacau sos..." ...ST LIKE!! (^_^)v

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah, ramai yang suka resepi ni..
    Next resepi ialah Laksa Kak Zah. Resepi Piza ni mengambil masa yang lama nak disiapkan, maklumlah bukan tukang masak terkenal.. Resepi Laksa K Zah ni... sedap dan mudah. Seperti kata K Zah, campak-campak aje ke dalam periuk...

    BalasPadam
  7. salam perkenalan k zah...nampak mudah resepi ni...mesti cuba...

    BalasPadam